Tarikh: 14 Jun 2017 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Pahang
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd
Dzulkifri bin Haji Nordin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang (JPNP).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Unit Sukan
JPNP, Penyelaras Bola Sepak, Hoki dan Catur MSSM, PTPS MSSM Bola Sepak dan
Catur, PTPS Negeri Catur, Pegawai Teknikal JPNP, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
Kuantan , sekolah-sekolah yang telah dilantik sebagai jawatankuasa dalam
kejohanan ini dan agensi luar iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Pejabat Kesihatan
Daerah Kuantan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk membentangkan kertas konsep dan membincangkan pelaksanaan
Kejohanan Bola sepak, Hoki dan Catur MSSM 2017.